Home
Ucapan Pengetua
Ucapan Tn. Pengetua SMKA Maahad Hamidiah TN HJ. IBRAHIM BIN YUNUS semasa perhimpunan rasmi mingguan.

Minggu ke-3 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 01 Mac 2010 14:33

 

 

UCAPAN MINGGU KETIGA

HARI PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SMKA MAAHAD HAMIDIAH

 

TARIKH: 19.01.2010

HARI: SELASA

TEMPAT: DATARAN PENGETUA

 

 

 

Perkembangan sejarah sosialogi manusia yang berkaitan kawalan social (Social Control) pada dasarnya mengikut Talcot Parson, terbahagi kepada dua aspek:

 

            i)Proses luaran (External Process), social control, disiplin luaran,

            ii)Proses dalaman (Internal Process), self control, disiplin dalaman.

 

            Disiplin luaran selalu dikaitkan dengan hukuman salah laku, maka kaedah ini lebih cenderung kepada membentuk insane melalui kaedah pertama, iaitu secara memberi hukuman, merotan, denda atau disingkirkan atau dipisahkan dari masyarakat. Kefahaman mesti dibetulkan bahawa mengikut perspektif Islam kaedah yang paling berkesan untuk membentuk insane hendaklah didahulukan dan diutamakan usaha dalaman (internal process). Disiplin dalaman mesti dimulakan dari jiwa insane, dengan kesedaran dan keinsafan, dengan keimanan dan ketakwaan bermulalah perubahan diri seseorang.

 

            Maka untuk supaya anak maahad dapat membentuk, membangun dan  membina serta memantap sahsiah cemerlang, hendaklah dimulakan dengan diri masing-masing, iaitu setiap diri pelajar hendaklah mulakan dengan niat yang betul, niat hendak belajar, niat untuk islah diri, niat bahawa aku memerlukan perubahan, aku mempunyai banyak kekurangan dan keralatan yang perlu diperbaiki. Inilah disiplin dalaman.

 

            Tujuan utama pelantikan pengawas hari ini adalah supaya pengawas dapat menjadi fasilitator, motivator, penyuntik untuk anak maahad dapat melahirkan dalam jiwa mereka keinsafan ini, tumbuh dan subur pada semua jiwa anak maahad bahawa aku perlu diislahkan, aku perlu diperbaiki, aku perlu ditarbiahkan, aku perlu pada peraturan dan disiplin, aku perlu kepada pengorbanan demi supaya aku mendapat kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

 

            Semoga pengawas dapat menjalankan tugas ini. Maka yang mesti dimulakan disiplin dalaman dari pengawas sendiri, pengawas mesti tunjukkan contoh kesedaran ini. Kepimpinan melalui teladan. Contoh bahawa aku hanyalah pengawas yang bertugas membantu sekolah, supaya aku dan kawan-kawan dapat kekuatan untuk mematuhi seluruh peraturan, disiplin dan undang-undang sekolah, demi tujuan akhirnya untuk mencapai visi dan misi SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.      

Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 27 Mac 2010 10:59
 
Minggu Ke-5 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 07 Februari 2010 17:14


UCAPAN MINGGU KE 5

KETANDUSAN KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM

PERHIMPUNAN PAGI ISNIN SEMPENA PERLANTIKAN PRS,KETUA TINGKATAN DAN LAIN-LAIN

 

Tarikh: 01.02.2010 Hari: Isnin  Jam: 7.30 pagi

Tempat: Dataran Pengetua   

Oleh: Pengetua SMKA MH

 

                Maksud ketandusan kepimpinan pelajar ini boleh dilihat kepada dua aspek, pertama aspek kuantiti atau bilangan, betapa susahnya sekarang ini hendak  mendapat pelajar yang minat dan berkeinginan tinggi untuk melibatkan diri dalam aktiviti atau program kepimpinan dan pengurusan. Dan keduanya yang menunjukkan ketandusan yang amat nyata dan ketara ialah aspek kualiti, talent (bakat) dan bersifat krismatik. Sangat sedikit dan susahnya zaman kini untuk mendapat kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

                Kita mesti sedar dan insaf isu ini kerana ia berkaitan dengan kebangkitan dan perkembangan Islam. Agama Islam akan ditinggikan, diagungkan dan didaulatkan kalau lahirnya kepimpinan yang hebat dan berkualiti. Dunia sekarang mencari dan menunggu-nunggu di mana pemimpin Islam yang boleh menundukkan dan menguasai  ala mini dengan cirri-ciri kepimpinan yang hamper menyamai  kepimpinan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA. Pemimpin yang membawa rahmat dan kasih pada alam seluruhnya. Pemimpin yang hebat yang digeruni dan ditakuti oleh musuh Islam. Pemimpin yang dapat melaksanakan  tugas dengan sempurna  iaitu antaranya menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar

                Surah Ali Imran, ayat 110. Ayat ini jelas menunjukkan cirri kepimpinan yang menyebabkan mereka unggul dan hebat. Kamu umat Islam adalah sebaik-baik umat kerana kamu dikeluarkan untuk manusia supaya menjalan kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar. Kerja ini adalah asas sebagai pemimpin yang berkualiti. Pemimpin mesti prihatin dengan perbuatan dan tingkahlaku orang bawahan. Kalau cirri yang penting ini diabaikan maka  apa perlu adanya pemimpin di kalangan kita , membiarkan sahaja apa yang berlaku baik atau jahat.

                Surah Al Mumtanah, ayat 6. Ayat ini jelas menyatakan peranan pemimpin mestilah sebagai role model kepada orang bawahan. Contoh yang baik mestlah dimulakan oleh pemimpin, barulah pemimpin itu dianggap sebagai kepimpinan melalui teladan. Jiwa manusia kini begitu dahaga kepada contoh atau model kebaikan, sebab kita sedia maklum bahawa untuk mendapatkan model yang tidak baik begitu mudah dan senang dilihat di mana-mana, boleh dilihat di TV, Internet, majalah-majalah, juga boleh dilihat pasar-pasar raya dan dibandar-bandar besar atau kecil. Tetapi untuk mendapat model yang baik susah, payah dan jarang sekali. Kalau ada model baik di masjid berapa kerat sahaja yang ke masjid, kalau di rumah-rumah tertentu berapa orang sahaja yang dapat melihatnya  untuk dicontohi. Inilah sebenarnya  cabaran kehidupan di sekolah dan asrama, berlaku kontradiksi dan krisis nilai , berlaku double standard, berlaku pertembungan budaya baik dan budaya tidak baik, berlaku Ghazwatul Fikri, Ghazwatul Qalbi, Ghazwatul Qimat. Tetapi selalunya kecenderungan nafsu kepada nilai dan budaya yang tidak baik lebih dominan, sedikit sekali yang kea rah kebaikan. Inilah tugas dan peranan pemimpin untuk supaya kebaikan dapat ditegakkan, nilai murni dapat diterapkan.

                Maka pemimpin sebenarnya sebagai amanah dan tanggungjawab untuk menjalankan tugas yang ditetapkan, ia bukan satu glamour dan keseronokan. Ia bukan satu ketinggian dan kemuliaan yang untuk dibangga-banggakan, na’uzuLlahu minzalik, kami berlindung dengan sifat keji tersebut. Bahkan sebenarnya pemimpin adalah khadam orang bawahan, hamba abdi kepada orang bawahan. Bila tiba yaumul  akhirat yang mula-mula ditanya dan dipertanggungjawabkan adalah pemimpin, pemimpin akan dipersalahkan apa-apa kekurangan yang berlaku pada orang bawahan.  semoga Allah berikan kekuatan untuk kita menjadi pemimpin yang berkualiti.

                Maka di hari ini dinobatkan  dan diwartakan perlantikan adalah sebenarnya suatu surat perlantikan kuasa dan pengiktirafan serta akujanji supaya semua yang menerima perlantikan bertanggungjawab untuk menjalankan amanah yang diberi, berjanji untuk memperbaiki diri sebagai pemimpin yang sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang berkualiti, bertanggungjawab dan sentiasa memimpin melalui teladan yang baik dan contoh yang cemerlang. Jangan sia-siakan perlantikan  ini, jangan lalai dan leka sehingga lupa amanah dan tanggingjawab ini. Insya Allah SWT

 

Dari Meja:

Pengetua, SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor
Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 27 Mac 2010 10:59
 
Minggu Ke-4 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 07 Februari 2010 17:13

MINGGU KE 4

PERASMIAN KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI

 

 

TARIKH: 25 Januari 2010 ( Hari: Isnin)

MASA: 7.30 pagi

TEMPAT: Dataran Pengetua

OLEH: Tn Hj Ibrahim bin Yunus Pengetua SMKA MH

 

 

Berbincang tentang kebudayaan dan agama sebenarnya bercakap tentang manusia, dan kalau manusia tidak ada identiti maka jadilah manusia satu makhluk yang sangat ganas, Dr. Derek Freeman berkata : “Setelah menyemak lembaran-lembaran sejarah keganasan manusia, kita terpaksa menyetujui dengan pernyataan bahawa tidak ada binatang yang lebih ganas dan kejam dalam pencerobohannya melainkan jenis MANUSIA”.

            Maka kita perlu fikirkan sesuatu usaha supaya manusia dapat diselamatkan dari bersifat demikian. Di sinilah pentingnya kita binakan bangsa dan negara kita dengan kebudayaan agama, yang mengandungi nilai-nilai suci dan mulia.

            Ahli-ahli kebudayaan sudah bersepakat mengatakan bahawa kebudayaan sesuatu bangsa adalah identiti bangsa tersebut. Hilangnya kebudayaan, hilanglah identiti. Dan kalau bangsa tidak ada lagi identiti tunggulah masanya untuk kemusnahan dan kehancuran, tidak perlu hidup kalau maruah dan harga diri sudah lenyap.

            Kebudayaan adalah cara-cara hidup satu bangsa, puak atau kaum. Setiap kebudayaan ada ciri-ciri dan nilai-nilai yang tersendiri. Dasar kebudayaan kebangsaan telah digubal pada 1971 dengan meletakan tiga prinsip asas untuk pembinaan Kebudayaan Kebangsaan  iaitu :

  1. Kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.
  2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan
  3. Islam merupakan unsur-unsur yang penting didalam pembentukan kebudayaan kebangsaan ini.

Budaya adalah tetegak norma-norma dan nilai-nilai hidup pada sesuatu bangsa dan kaum. Sarjana barat M.J Langeveld berkata : ”apa yang kita sebut kebudayaan ialah perwujudan aktif nilai-nilai dan hasilnya”.

            Kebudayaan diperlukan manusia untuk kehidupannya, kerana itu kebudayaan itu bernilai. Nilai ini terkandung dalam aspek-aspek sosial, ekonomi, politik, pengetahuan, teknik, seni, falsafah dan agama.

Berkait rapat dengan budaya ialah agama. Agama adalah dikaitkan dengan unsur-unsur kerohanian. Terhimpunnya dalam agama ajaran-ajaran yang dikehendaki oleh pengikutnya untuk memahami, mengamal dan menghayati. Agama selalunya terdiri dari tatasusila dan nilai-nilai moral.

Moral ialah nilai yang dipandang baik oleh masyarakat, kerana itu dituntut kepada warga masyarakat melaksanakannya. Ada dua unsur moral : etika dibentuk oleh akal, akhlak dibentuk oleh naqal (agama). Etika masuk lapangan falsafah, sedangkan akhlak masuk lapangan Ad Din (agama).

Kaedah-kaedah utama merupakan nilai-nilai moral utama yang dinyatakan oleh ahli bijak pandai ialah :

1.    Ikhlas dalam perbuatan diri dan masyarakat

2.    Sabar menghadapi keadaan yang tidak menyenangkan

3.    Tetap pendirian

4.    Bersungguh-sungguh dalam usaha dan kerja

5.    Sederhana dalam berpakaian, berumah tangga

6.    Setia pada janji

7.    Menutup aib atau kekurangan sahabat

8.    Berbuat jasa pada masyarakat

9.    Bergaul tidak memencilkan diri dari masyarakat

10.  Memaaf terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan orang

11.  Tabah menghadapi kesukaran dan penderitaan

12.  Istiqamah. Konsekwen, bertahan teguh atas apa yang telah diputuskan

13.  Menjaga kehormatan ( maruah )

14.  Bertanggungjawab atas perbuatan dan kewajipan

15.  Tawadhu’ , tidak sombong

16.  Suka memberi dan juga suka menerima nasihat

17.  Menghormati tetamu dan jiran tetangga

18.  Bermanis muka, ramah tamah

19.  Pemalu dalam perbuatan yang tidak elok atau kurang baik.

20.  Bersopan dalam laku perbuatan ( berpakaian, makan, minum, tidur, duduk, meninggalkan majlis, berjalan dan lain-lain )

21.  Bertimbang rasa dalam kelakuan dan tindakan

22.  Memberi salam, berjabat tangan ketika bertemu

23.  Berani menghadapi kezaliman dan musuh-musuh

24.  Berlapang dada

25.  Berfikir sebelum bertindak

Kaedah-kaedah moral diatas diterima oleh manusia sejagat ( universal ), maka mari kita sama mempraktikan.

Dalam tugas kita untuk membina negara dan umat yang kukuh dan teguh, wajiblah menghayati segala kehendak dan nilai norma yang dikehendaki oleh budaya negara dan agama. Jatuh bangunnya tamadun kita bergantung kepada setakat mana bangkitnya kita untuk menjunjung budaya bangsa dan agama dalam menghadapi cabaran alam sekeliling. Prof. Arnold Toynbee, seorang ahli sejarah Inggeris yang terkemuka pada abad 20 ini telah menyatakan bahawa dalam kajiannya tentang 23 tamaddun yang memenuhi 4000 tahun sejarah manusia, ia mendapat satu kesimpulan – iaitu jatuh bangunnya sesuatu tamaddun itu bergantung kepada reaksi orang-orang dalam masyarakat itu kepada cabaran alam sekeliling.

Inilah teori ”cabaran dan penerimaan” ( challange and respone ) dalam sejarah yang dipersetujui oleh ramai ahli sejarah.

Berhubung dengan cabaran ini kita tidak terlepas dari perangkap-perangkap kebudayaan barat dan juga gerakan Zionis yang telah 5 abad lepas meracuni dan merobek-robekkan budaya dan agama kita. Tetapi kita masih dapat lagi untuk bangun setelah merdeka, maka marilah sama-sama kita teruskan membina identiti negara, budaya dan agama yang tercinta.

Untuk menghadapi budaya Eropah perlu dibezakan antara Westernisasi dan modernisasi, pembaratan dan pembaharuan. Kebudayaan barat ialah kebudayaan yang mengandungi nilai-nilai bangsa barat. Kebudayaan moden ialah cara hidup yang berasaskan nilai-nilai ilmu dan teknologi yang membawa pembaharuan cara hidup dengan selalu meningkatkan aktiviti dan produktiviti dalam kehidupan, ianya bersifat universal dan hak semua bangsa.

Kita tidak menerima dan nenolak sama sekali Westernisasi dan mengambil dan menerima Modernisasi. Dalam menghadapi masalah Westernisasi negara-negara sebelah timur termasuk Malaysia menghadapi  serangan dan bahaya pengaruh nilai-nilai barat mungkin merosak dan memusnahkan nilai budaya dan agama kita.

Pembaratan telah mempengaruhi masyarakat Malaysia dengan cara menyerapkan anak-anak budaya mereka iaitu :

1.    Materialisme – Faham mementingkan kebendaan semata-mata

2.    Individualisma – Faham yang mengutamakan nilai-nilai individu semata-mata

3.    Sekularisma – Faham memisah agama dengan keduniaan

4.    Agnostisisma – Tidak ada apa-apa pegangan, agama tidak, tidak beragama       pun tidak.

5.    Kapitalisma – Faham ekonomi yang mementingkan individu sahaja.

6.    Ateisma – Tidak percaya wujud tuhan dan mementingkan materialisma.

7.    Sosialisma – Mengutamakan negara sehingga melupakan hak-hak rakyat.

8.    Komunisma – Faham yang menafikan Agama, menolak segala agama.

 

 

Marilah bersama-sama pada hari ini kita membuat keputusan dan tekad untuk bangun dan bangkit bagi berjuang menghayati dan merealisasikan nilai-nilai murni dan budi bahasa yang boleh mengekalkan, memperkembangkan dan memajukan bangsa dan umat kita. Marilah sama-sama kita membina negara bangsa dan membangun modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Insya Allah SWT.

Sekian, terima kasih.  Wassalam

 

Dari Meja Pengetua SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.

.

 

Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 27 Mac 2010 11:00
 
Minggu Ke-2 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 07 Februari 2010 17:11


UCAPAN MINGGU KEDUA

PERHIMPUNAN RASMI SMKA MH

 

 

Pada: 11.1.2010  (Hari Isnin)

Jam: 7.45 PAGI  

Tempat: Dewan Al Syafie, SMKA MH 

Oleh: Tuan Haji Ibrahim bin Yunus, Pengetua SMKA MH

 

 

Pertama, saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan aktiviti minggu lepas, P & P berjalan dengan lancar, aktiviti minggu tarbiah dan Qiadah untuk  pelajar tingkatan satu. Pada hari sabtu lepas 9.1.2010 upacara perasmian penutup berjalan dengan lancar dan baik, yang disempurnakan oleh Tn Hj Sahlan Sarudin YDP PIBG SMKA MH. Saya memohon supaya guru dan AJK yang telah menyempurnakan aktiviti supaya membuat muhasabah supaya aktiviti selepas ini dapat dibuat penambahbaikan dan pembetulan dalam aktiviti dan perancangan.

Dua perkara yang perlu dibaiki aktiviti Tarbiah dan Qiadah, pertama Kad Jemputan yang perlu dalam kertas A4  dan kedua tentang protokol perjalanan acara rasmi yang perlu diperbetulkan.

Kedua, semua pelajar hendaklah menyediakan buku nota dan pen untuk membuat catatan. Program ini akan dikuatkuasakan pada setiap perhimpunan rasmi sekolah.

Dua surah yang perlu diwar-warkan dan dihayati dalam minggu ini ialah Surah Syura dan Surah Al Asr, surah mesyuarat dan surah masa. Nadi utama dalam organisasi ialah bermesyuarat dalam setiap urusan. Bermesyuarat dapat menghasilkan beberapa munafaat, iaitu

i)menarik rahmat Allah SWT  ii)menyatukan hati   iii)menyatukan fikiran

iv)urusan dipermudahkan  v)Keputusan difahami bersama vi)dapat kekuatan berjemaah.

Kepentingan masa adalah merujuk pengurusan strategik untuk mencapai hasrat dan cita-cita. Orang yang berwawasan menjadikan masa itu teras untuk menyusun perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan yang berterusan. Masa itulah kehidupan dan kehidupan itu adalah pengisian masa. Kita perlu jadikan masa itu berkualiti. Masa itu disiplin dan disiplin adalah masa. Manusia rugi kerana membiarkan masa berlalu.

Masa membolehkan manusia berehat, begitu juga masa  membolehkan manusia bekerja. Kita tidak dapat gambarkan bagaimana manusia dapat menjalankan aktiviti kehidupan kalau masa tidak ada. Bila masa tidak ada sebenarnya tiada lagi kita, ertinya mati. Maka mati sebenarnya masa untuk kita hidup sudah tidak ada.

Justeru itu dapatlah  dinyatakan bahawa masa adalah penting, kerana

i)                    Dengan masa dapatnya kita menyusun jadual kehidupan harian,

ii)                   Dengan masa dapatnya kita melaksanakan  aktiviti kehidupan harian,

iii)                  Dengan masa dapatnya kita muhasabah diri

iv)                 Dengan masa dapatnya kita memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

 

Isu penting minggu ini ialah syarat pengekalan tingkatan 4 di smka. Pelajar PMR yang tidak mencapai A, B dan C dalam bahasa Arab, maka hendaklah bertukar ke sekolah lain. Identiti smka atau maahad ialah jurusan pengajian Islam bersama sains tulin atau pengajian Islam bersama sastera ikhtisas (prinsip akuan), subjek pengajian Islam ialah BAT, PQS, PSI. Maka pengajian Islam adalah asas kepada pelajar smka untuk SPM, bukan sains atau sastera ikhtisas, oleh sebab itu Kem Pelajaran (BPI) menetapkan dasar yang jelas pencapaian yang paling rendah ialah C, sesiapa yang mendapat D atau E tidak boleh dikekalkan di sekolah ini. Mengikut rekod pencapaian SPM di maahad mengambarkan bahawa subjek-subjek pengajian Islam adalah sederhana sahaja pencapaianya, khususnya BAT.

Pihak pentadbir maahad menyeru semua anak maahad supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam subjek BA dan Pendidikan Islam PMR, dan PQS, PSY dan BAT dalam PMR dan begitu juga Usuluddin dan Syariah Islam peringkat STPM.

 

Sekian, terima kasih, wassalam.

 

Dari Meja Pengetua

SMKA Maahad Hamidiah Kajang Selangor

Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 27 Mac 2010 11:00
 
Minggu Pertama 2010 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 07 Februari 2010 17:05


UCAPAN PENGETUA

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010 SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG

 

PADA: 4.1.2010

HARI: ISNIN

JAM: 7.30 PAGI

TEMPAT: Dewan Besar As Syafei, SMKA MH

OLEH: TN HJ IBRAHIM BIN YUNUS, Pengetua SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.

 

 

Assalamualaikum,

Sebagai seorang yang beriman dan bertakwa kita mesti mulakan persekolahan pada hari dan minggu ini dengan memahami dan menghayati dua perkara:

a)    Rahsia bacaaan Basmalah

b)    Rahsia surah Al Fatihah

Kenapa kita mesti mulakan dengan dua perkara di atas, sebabnya ialah

i) Yang  pertama: kerja dan urusan yang kita buat di maahad  ini adalah suatu kerja yang besar dan penting, yang menentukan masa depan kita, kita datang di maahad bukan untuk main-main dan berseronok, bahkan kita datang dengan maksud dan tujuan masa depan dunia dan akhirat kita, masa depan ibubapa kita, masa negara dan bangsa kita, nbahkan masa depan agama Islam kita. Maka justeru itu wajib kita mulakan bacaan basmalah supaya  kita mulakan kerja kita ini dengan Nama Allah yang maha agung, maha sempurna, maha perkasa, Allah SWT sahaja yang menentukan kerja buat kita, berjaya atau tidak ditangan Allah SWT secara mutlak, kita hendak mencapai visi dan misi kita, maka hanya dengan izin dan kudrat Allah SWT sahaja dapat mencapainya. Kita mulakan dengan nama Allah ertinya bahawa kita sentiasa mengharapkan rahman dan rahimNya dalam  kerja dan urusan kita. Kita mengharapkan dalam tarbiah rabbani di maahad ini, kita sentiasa, secara istiqamah jiwa kita, setiap pergerakan nafas dan langkah kita, setiap detik dan saat aktiviti kita, dalam hubungan yang tak putus-putus dengan Allah SWT, mengalir dalam darah daging kita perasaan rahman dan rahim Allah SWT. Inilah maksud pendidikan rabbani yang menjadi hasrat visi dan misi maahad .

            Orang yang lupa basmalah dalam kerja dan usaha adalah sebenarnya orang yang lupa kepada keperluan bantuan dan pertolongan Allah SWT, lupa hanya dengan rahman rahim Allah SWT kerjanya dapat disempurnakan, lupa bahawa dirinya hanya hamba yang sentiasa dalam kelalaian dan kelemahan, lupa bahawa semuanya datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Orang yang lupa bacaan basmalah dalam kerjanya adalah menyebabkan kerjanya tidak menjadi ibadat, tidak mendapat pahala dan menjadi sia-sia dan rugi. Apakah Allah SWT akan pandang dan lihat pada orang yang lupa padaNya.

            ii) Yang kedua: kerja dan urusan pendidikan yang kita kita buat memerlukan penghasilan, perubahan dan peningkatan. Anak yang datang hari ini ke maahad dengan tujuan untuk belajar, erti nya kita datang ke maahad untuk membuat perubahan dan peningkatan yang berterusan, dahulunya jahil sekarang alim, dahulu tidak tahu ad mate sekarang tahu ad mate, dahulu tidak tahu bahasa Arab sekarang tahu bahasa Arab, dahulu tidak peduli tentang surau sekarang sentiasa ke surau, dahulu tidak peduli pada akhlak sekarang ambil tahu tentang akhlak mulia dan lain-lain, maka alam kita ini adalah alam membentuk, membina, menjana, memproses dan mentarbiah, guru pembentuk anak ialah bahan yang hendak dibentuk, guru pembina anak adalah bahan yang dibina, guru penjana anak bahan yang hendak dijana, guru murabbi anak adalah orang yang ditarbiah. Maka perkara yang paling penting dan wajib sentiasa dingati oleh warga maahad semua ialah hidayat, taufik dan inayah Allah sangat-sangat diperlukan. Inilah yang tersimpan dalam rahsia surah Al Fatihah. Guru tidak ada kekuatan untuk merubah pelajar menjadi sahsiah cemerlang, guru tidak ada kekuatan untuk menjadikan pelajar cemerlang, guru tidak kekuatan untuk supaya pelajar jaga solat, kerana semua dalam hidayat, taufik dan inayah Allah SWT semata-matanya. Bangsa Arab berubah menjadi bangsa hebat hanya kerana hidayat Allah SWT.

            Usaha pendidikan adalah usaha k eatas Asbabul Hidayat, iaitu melalui 3 aspek utama:

a)    Usaha kurikulum (p&p)

b)    Usaha Kokurikulum (kepimpinan & sukan)

c)    Usaha Pemantapan sahsiah (HEM)

 

              Maka melalui asbab-asbab ini, dan bersama ini disertakan dengan doa semua warga danIbu bapa, bacaan yasin, waqiah dan Al Mulk, solat hajat dan dhuha, solat berjemaah, bacaan hadis di masjid dan di bilik/dorm/rumah, dan lain-lain amalan, Insya Allah, Allah SWT dengan izin dan KUdratnya menurunkan hidayat,taufik dan inayahNya menjadikan pelajar terbina dan terbentuk dengan  ciri-ciri rabbani yang cemerlang, terutama bila keluar dari Maahad ini, inilah produk yang dihasratkan, outcome inilah yang boleh member I munafaat dan faedah yang besar untuk masyarakat, bangsa, agama, Negara dan umat.

             Dengan ini barulah kita dapat mencapai VISI dan Misi sekolah. Visi SMKA akan meanjadi contoh model pendidikan rabbani menjelang tahun 2013, dan untuk mncapai visi ini maka menjadi asas kepada misi semua warga smka mh untuk berusaha menjana semua pelajar ke arah cirri-ciri rabbani melalui Al Quran dan As Sunnah.

Setiap warga maahad khususnya pelajar hendaklah memasangkan/memakai/meletakkan  diri masing-masing dalam 4 sifat ini supaya dapatnya bantuan Allah, dapatnya hidayat dan taufik Allah SWT:

i)              Betulkan niat, iaitu sentiasa kekalkan niat islah diri/memperbaiki  diri setiap masa

            dan keadaan.

ii)             Tanam sifat talab, sentiasa ingin belajar, belajar dan belajar, jangan jemu-jemu.

iii)    Sifat Taat, pemantapan sahsiah dan disiplin hanya dapat dibina bila kita ada sifat taat.

iv)                 Sanggup melapangkan masa untuk bermujahadah dan berkorban. Medan penuntut ilmu adalah medan yang penuh dengan mujahadah dan berkorban. Yang teragung berkorban melawan nasfu malas, nafsu lepas, nafsu buang masa, nafsu jahat, nafsu kepentingan diri, nafsu sombong dan angkuh dan lain-lain yang dipanggil nafsu Ammarah bi Suu’.

Ada beberapa perkara yang semua warga maahad perlu memahami kerana ia berkaitan dengan dasar dan polisi kerajaan dan kementerian yang perlu kita taat dan patuh. Ia memerlukan penglibatan semua pihak kerana kita adalah terlibat secara langsung dalam perlaksanaanya,  iaitu,

i)          PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan)  

ii)         NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) 

Iii)        KPI (Petunjuk Prestasi Utama)

6 Teras Strategik PIPP:

 

1-    Membangun Negara Bangsa

2-    Membangun Modal Insan

3-    Memperkasa Sekolah Kebangsaan

4-    Merapatkan jurang pendidikan

5-    Memartabatkan profesion keguruan

6-    Melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan

 

National Key Result Area (NKRA) Bidang Keberhasilan Utama Negara,

bidang pendidikan merujuk kepada

1. Perluasan pendidikan pra sekolah.

2. Memastikan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan

     mengira di kalangan pelajar sekolah rendah.

3. Mewujudkan sekolah-sekolah berprestasi tinggi.

4. ’ New Deal ’ merujuk kepada pemberian ganjaran kepada Guru

    Besar , Pengetua serta guru-guru yang menunjukkan prestasi

    cemerlang.

 

 

 

 

 

 

TERIMA KASIH,  WASSALAM

Terakhir dikemaskini pada Sabtu, 27 Mac 2010 11:01
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday351
mod_vvisit_counterYesterday1146
mod_vvisit_counterThis week5596
mod_vvisit_counterLast week5252
mod_vvisit_counterThis month19408
mod_vvisit_counterLast month32136
mod_vvisit_counterAll days2475910

We have: 4 guests online
Your IP: 54.198.139.141
 , 
Today: Apr 18, 2014
SMKA Maahad Hamidiah, Powered by Joomla!; Joomla templates by SG web hosting