Home SMKA Maahad Hamidiah
Pengenalan Sekolah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Sabtu, 09 Ogos 2008 15:49

 Sejarah SMKA Maahad Hamidiah

 


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz dan dua orang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok. 

Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul HAmid, yang berasal dari Sumatera,Indonesia.Beliau menu

buhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang. Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telahpun berpindah ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. Prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tiap tahun adalah menggalakan.SMKA Maahad Hamidiah adalah antara Sekolah Asrama Harian yang terbaik dan terunggul di negeri Selangor.

Kini, sekolah ini mempunyai seramai 915 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga enam. Tenaga pengajar di sekolah ini pula seramai 74 orang dan disokong oleh 13 orang kakitangan sekolah.

 

 

 

 

Lagu Sekolah

 


 

 

 

Terakhir dikemaskini pada Khamis, 24 Jun 2010 20:03
 
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday67
mod_vvisit_counterYesterday364
mod_vvisit_counterThis week3237
mod_vvisit_counterLast week9056
mod_vvisit_counterThis month26105
mod_vvisit_counterLast month32136
mod_vvisit_counterAll days2482607

We have: 18 guests online
Your IP: 54.197.189.165
 , 
Today: Apr 25, 2014
SMKA Maahad Hamidiah, Powered by Joomla!; Joomla templates by SG web hosting